AL MUSTAQIM BILLAH
B I N A RY SOAL: " Adakah anda tahu kenapa sistem pengiraan dan pemerosesan data dalam komputer menggunakan 'BINARY' ? JAWAB: Awalnya, para pereka cipta telah mencuba menggunakan berbagai kaedah untuk mencipta sistem pemerosesan data maklumat dan kiraan yang sekarang dipanggil KOMPUTER", tetapi mereka gagal. Setelah sekian lama mereka mengkaji menyelidik dan mencuba, akhirnya mereka berjaya menemui satu kaedah iaitu menggunakan "BINARY". "BINARY" ialah kaedah penggunaan angka 0 dan 1. Seorang Muslim wajib mempelajari Ilmu mengenal Allah, iaitu Ilmu Usuluddin, atau Ilmu Tauhid atau Ilmu Aqidah. Wajib mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Allah dan seterusnya. Wajib JUGA mengetahui apa itu SEKALIAN ALAM? SEKALIAN ALAM itu ialah "Ma Siwallah" iaitu Selain Allah; iaitu bermaksud: Semua benda yang dicipta oleh Allah dinamakan SEKALIAN ALAM ( 'Aalamin) yang bersifat "BAHARU", yang bererti, dulu tidak ada "0", setela...